Wednesday 16 October 2013

Sakit itu kafarah dosa

Just recover from dengue fever. Whoaa... lamanye tak update blog baru ni. Bulan september dan october tahun ni aku cipta rekod baru.. rekod bulan paling byk ambil mc. Pertengahan bulan september aku start batuk2, selsema dan demam. I thought it would last for a few days. Unfortunately, bila dh baik je.. batuk dan demam datang balik. Boleh dikatakan setiap hari khamis dan jumaat aku dapat mc la. Mana taknya setiap kali jumpa doktor, aku mmg batuk bagai mak nenek. Tu yang dapat mc lama tu.Tu pun kadang2 aku dtg ofis juga even dapat mc sebab byk kerja pending. Lepas tu berjangkit pulak demam aku ni kat suami dan anak2. Sebenarnya aku lagi sedih bila tengok anak2 yang sakit....huhuhu..Kalau boleh biarlah aku yang tanggung sakit tu semua. Aku anggap sakit yang Allah beri ni sebagai kafarah dosa2 aku. Mungkin ni ujian Allah untuk aku muhasabah diri.

Ok..nak pendekkan cerita satu hari tu aku suami isteri demam panas. Bergilir2 guna thermometer check temperature badan. Memang masing2 melepek tak larat nak bangun. Kesian Naqib and Safiyyah mcm anak tak terbela. Aku gagahkan juga masuk dapur rebus telur untuk breakfast sambil whatsapp adik ipar aku minta dia datang rumah jemput Naqib pergi rumah kat Keramat. Kesian aku tengok Naqib nak main dengan abi and ummi dia tapi kami tak larat nak layan. So, if ada Mama Farah dia ok la sikit boleh jadi geng main2. Safiyyah pula memang tak nak kat orang, sebab tu tak hantar Safiyyah ke rumah Keramat.

Tengah hari tu MIL datang nak jemput Naqib and hantar kami suami isteri ke klinik. Ambil darah and doctor suspek demam denggi. Erkk..terkejut aku dengar. Then doc pesan esok datang lagi ambil darah sebab bacaan platlet darah 150(at border line). So, balik la rumah semula. Naqib pulak tak nak ikut nanny dia balik Keramat bila kitorang tak ikut sekali. Ok, takpela… Jom la kita ramai2 melepak kat rumah ye. 
Alhamdulillah, petang tu demam en.suami dah kebah dan boleh la tolong tengok kan anak2. Tapi budak2 ni macam faham je abi dan ummi tak sihat, pandai pulak behave dan main sendiri.

Rai sms aku cakap sup ketam boleh bantu tingkatkan platlet darah. Ok, petang tu juga kau cari ketam kat Giant. Ni la first time aku beli ketam after kahwin..hehehe:p tak pandai pilih, pakai ambil je. Bila sampai rumah nak masak aku rasa bau ketam ni macam semacam je after dah tanggalkan kulit cengkerang. “ishk..memang macam ni ke bau ketam bila nak masak?? Ye kot” aku pun bersungguh la masak sup ketam dlm demam. Its dinner time. Cik suami masih takde selera nak makan lps baik demam. So, aku and anak2 je la yang mkn sup ketam tu. Rasa macam pelik je, tapi aku makan juga la sebab nak baik punya pasal. Naqib pulak aku tengok berselera betul makan isi ketam yang aku suap. Siap minta lagi tu… tapi sebab ummi dia dah tak tahan dengan bau ketam yang semacam, so ummi pun nak stop makan. Sian anak ummi..suka ketam ye sayang.. Nanti ummi cari yang fresh ye. Aku rasa mmg ketam tu dh tak elok dari time aku beli kat Giant. Akhirnya ketam tu aku buang je. Takut pulak nak makan lagi bila hati dh yakin ketam tu dh tak elok.

Keesokannya amik darah lagi. Kali ni bacaan platlet makin turun ke 80. Memang bila kena denggi bacaan platlet darah akan jatuh. Darah ni fungsinya membawa oksigen ke seluruh badan. Kalau platlet berkurangan oksigen tak dapat dibawa keseluruh organ badan dan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi. 
Doktor dah buat reference letter ke hospital.  Dalam kepala cuma terfikir macam mana dengan Safiyyah nanti. Dia tak pernah berpisah tidur malam dengan ummi dia. So kami decide amik single room untuk anak2 berkampung kat hospital.

Cerita di hospital kita sambung kat next entry okey.. panjang sangat dah ni..



Wednesday 11 September 2013

Mmmm..sedapnya!

Nampaknya misi untuk masak dinner time weekdays berjaya. Kalau dulu2, biasanya dinner kat luar je. Kalau sempat atau rajin baru masak,provided barang2 cukup la. Kesedaran ni timbul bila harga minyak start naik 20 sen. Bila minyak naik, harga barang2 mentah akan slowly naik. Lama2 harga makan pun naik. Kalau tak naik pun, mesti makanan yang kita dapat ciput je.

Bukan sebab harga minyak naik je aku tetiba rajin nak masak, tapi disebabkan anak2 dan suami juga. Aku pernah baca salah satu caption IG fynnjamal
"selagi terdaya, aku akan pastikan mereka terbiasa dengan air tangan aku. kalau nanti aku tak ada biar perutnya menjerit rindu".!

hamek ko... Dalam maksudnya tu. Lagi pun kan kalau masak kat rumah, terjamin kebersihan dan kualiti makanan yang masuk kat perut mereka. 

Ok, part ni mmg buat aku bertambah semangat nak masak. Bila saat Naqib cakap dengan muka happy giler " Mmm..seddappp la ummi masak!" *sambil tunjuk 2 thumbs up/ tunjuk sign OK* Tak ke cair hati kau tengok anak kau puji masakan kau yang kau rasa simple je. Kalau makan kat luar, sesedap mana pun makanan tu Naqib tak puji pun. Tu belum tengok suami yang asyik tambah nasi je. En. suami mungkin tak reti sangat nak puji masakan isteri dia ni, tapi kalau tengok dia semangat makan kita pun jadi happy. Mungkin la masakan aku tak sesedap mana pun bagi korang, tapi jadi sedap sebab aku dah jampi2 time masak kot. Hahaha... Jangan fikir bukan2 ye. Mama mentor aku dalam bab masak2 ni! Mama pernah pesan kalau time basuh nasi tu baca2 la selawat, time masak tu banyakkan zikir. Moga lembut dan terang hati orang yang makan. hehehe..

Aku pun kalau balik kampung bukannye nak masak sendiri. Selalu menggedik minta mama masak itu dan ini. Bukannya tak reti masak, tapi rindu nak makan masakan air tangan mama.Aku cuma tolong sediakan barang2 je.  Bukan aku sorang je. Adik beradik lain pun lebih kurang same je peel. Lagi best bila kami sediakan rencah dan bahan masak sambil borak sakan! Jarang jumpa la katakan.  Mama tinggal tumis je! Mama cakap sama je rencah masak semua, campak2 dalam kuali! dah siap.. tapi aku still cakap tak sama. Air tangan mama juga yang terbaik. Perut aku jerit 'rindu'! So, aku nak anak2 aku pun macam tu juga. muahaha!!

Memang aku kira banyak juga la dapat jimat kalau masak kat rumah! Kena korban sikit je masa, tapi kesannya banyak! Jimat satu hal, makanan dijamin selamat, eratkan kasih sayang dan mungkin banyak lagi!

So, mari kita teruskan misi masak2 ni. Safiyyah pun boleh tolong ummi lepas ni ye sayang:D Semoga aku istiqomah:D peaceee


Tuesday 10 September 2013

Respect

"Respect is given not earn". Tak kisah la kau bagus giler tahap gaban sekali pun, tapi kalau dalam masa yang sama  kau merendahkan kemampuan orang lain, tak guna juga. Riak namanya tu! Tak salah nak jadi bagus pun, malah lagi elok sebab proses nak kearah nak jadi bagus ni kita perlukan usaha dan semangat yang lebih. Ye la,kalau kita nak jadi lebih bagus, kita kena put some effort untuk jadi lebih bagus dari sedia ada. Betul tak? Orang lain mungkin dah usaha menjadi terbaik tapi mungkin belum sampai ke tahap "the best" atau paling kurang as per expectation. But at least respect dan hargai  la usaha dia. Tak semua orang Allah kurniakan kelebihan yang sama. Mungkin kita hebat di bahagian ini, mungkin orang lain hebat di tempat lain. Allah tu kan adil.

Mengalah bukan bermaksud pasrah dan redha. Sesekali mengalah sebab nak elakkan konflik dari berpanjangan dan memaafkan/bagi peluang untuk berubah. Aku juga manusia biasa, sampai masanya aku pun dah tak larat nak mengalah je. Asyik kita je nak jaga hati orang tu, orang tu pernah ke jaga hati kita?? Tak payah nak jaga hati sgt pun takpe, but at least respect kat orang! Tu je.  Nak jaga hati sgt pun susah juga. Kdg2 kita cakap biasa je, tapi dah kebetulan orang tu emosi tak stabil ke hapa, tetiba dia nak sentap kita tak boleh nak cakap apa la kan. Tipu kalau cakap takde terasa sikit pun. Kita kan work as a team, banyak kepala, banyak perangai. Aku senang je, kalu benda2 remeh ni aku anggap je la dia tak sengaja nak cakap mcm tu. Lain la kalau orang tu terang-terangan memperlekehkan aku, ye tu aku emo sikit! Memang saje nak declare 'perang'.

Ye, mungkin aku dulu naif dan selalu mengalah je. Aku tau banyak pahala kalau bersabar ni kan. Tapi kalau kita lagi bersabar dia lagi naik tocang, ini dah tak boleh jadi. Kadang2 aku kena bersuara gak, lantak la dia nak cakap aku apa. huhuhu.. Nampak je aku diam macam takde apa kan?? Sekali aku meletup, mmg minta maaf la..lambat sikit aku nak kembali ke keadaan asal.  Aku hargai tindakan dia minta maaf dan mengaku silap dia kat aku. Aku pun ada dosa juga, so tak yah la ego macam diri aku tu baik sangat kan. Aku pun minta maaf juga kat dia sebab aku ada share cerita sedih aku dengan kawan2 yang aku anggap mcm family dah. Easy to forgive, but not to forget. Mmg aku boleh maafkan, tapi aku tak akan lupa peristiwa tu . Orang tua kata 'beringat'. Ikhlas ke aku maafkan dia? InsyaAllahAku cuba ke arah itu, but slowly. Biar masa yang menentukan.

" Kita semua pendosa, kalau digali memang semua orang boleh jumpa dosa kita semua"-Fynnjamal. So, memaafkan tu lagi baik, cuma kena bagi pengajaran sikit. hehehe. Bak kata Naqib kat abi dia " ummi gaghang" hahaha.. time tu je ummi garang  kan sayang? See..dengan anak pun aku sesekali garang. Biar garang bertempat! Time mereka berkelakuan baik kita puji la. Tapi time dah mengada-ngada tak kena tempat tu kena juga ummi dia bertukar jadi hulk hogan. Garang2 ummi pun, nak tidur Naqib cari ummi jugak kan:p kihkihkih.






Nak sihat!?

Nampak tu.. green tea without sugar and psyllium husk
time pregnant dulu klu tetiba teringin sgt nk mkn maggi,akan ku cr juga sampai dpt. lepas makan meggi aku akn mkn kurma kononnya nk neutralkn balik makanan jahat yg dh masuk kt dlm perut. hehehe... bg aku klu mknn tu ada byk MSG, lemak semua tu kira mknn jahat. aku x tau betul ke tak konsep neutralkn blk mknn jahat ni.mcm dh buat salah, lepas tu betulkan balik la kiranya. lately aku rasa aku kuat sgt mkn plus mkn mknn yg berkolesterol tinggi. nampak je kurus kan?? tp bila scan badan rupa2nya byk kolesterol.tu yang kesedaran nk jaga kesihatan timbul tu..gambar kt atas tu adalah mknn baik yg aku ambil pg td. meh aku share sikit info pasal green tea dan psyllium husk ni.

Psyllium husk- merupakan sejenis fibre yang dapat menyingkirkan toksin & lemak yg boleh mengakibatkan berbagai penyakit yg berpunca dari usus yg kotor. Actually baru je tahu kelebihan psyllium husk ni. Yang aku tahu kalau ada yang mengalami masalah penghadaman, sembelit, buasir ke..boleh la try ambil benda ni. Biasanya officemate bancuh oat, skim milk, nestum dengan PH ni. Tapi aku biasa je, PH campur air kosong je:p Malas la katakan... tak rasa apa pun. Macam minum jelly je. For nursing mom out there, it is safe to take PH as long as you drink plenty of fluids. So, tak yah risau la kalau minum ni production susu merudum ke apa. Setakat ni ok je lagi..hehehe

Ni antara khasiat PH yang sempat aku tanya encik gugel:
"Psyllium husk benefits digestion by keeping the colon contents moist, malleable, and in this way reduces cramps, pain, and bowel irregularity in irritable bowel syndrome.  It is also helpful in managing chronic constipation, hemorrhoids and anal fissures by leading to soft but formed stool that is easily passed and reduces the need to strain.  In cases of watery diarrhea the psyllium husk benefits by absorbing water and giving more texture to the stool which makes control of the bowels easier"

Green tea - Dari apa yang aku pernah baca, khasiat green tea antaranya kuatkan sistem imun, lawan sel kanser, kurangkan tekanan darah tinggi, kurangkan aras gula dalam darah, kurangkan aras kolesterol, galakkan pembakaran lemak (khususnya lemak di vescera iaitu lemak yang terkumpul di tisu yang menyelaputi kaviti obdomen dan usus (Viscera) dan organ dalaman.

Muahaha..banyakkan.. Tinggal rajin tak rajin ambil je. Kalau yang simple ni pun susah nak konsisten, jangan cerita produk2 kesihatan yang lain. Nanti beli je mahal2, tapi guna separuh jalan. Contohnya aku le tu... Sebab tu aku tak berani nak try macam2 produk kesihatan yang mahal2 sebab masalah inconsistency ni la. Huhuhu.. Kalau yang mudah ni insyaAllah aku rajin sikit:D



Monday 9 September 2013

Gitewww

Birthday boy pose ala2 artis giteww:p (23 Julai 2013)
Haa... budak yang ada parut kat dahi ni adalah hero tunggal ummi setakat ni. Semua la dia nak jadi..baik ultraman, spiderman, batman, power rangers dan mcm2 lagi la. ummi and abi macam biasala..berlakon jadi 'monster'. Ingat senang ke nak jadi monster?? Monster tak boleh menang, nanti superhero mengaruk. Boleh pulak gitu kan:p hehehe.

Birthday girl yang happy bila bangun dari tidur (16 Ogos 2013)
Susah ok nak snap gambar anak dara ni tgh senyum. mahal betul lesung pipit dia. Budak yang manja sangat sampai tak nak kat orang lain selain abi, ummi and bibik kat nursery. Nak berkepit je. nampak je mcm innocent tapi boleh tahan juga kalau gaduh dgn abg dia. Suka menyakat abg dia, tapi bila  kena cepuk dgn abg Naqib nangis pulak. Pastu sakat lagi..haha. Tak serik. Asyik nak usik abang je.

Ni baru intro je. Byk lg gelagat bdk2 ni yg aku belum cerita lagi. Kalau keluar dating berdua dgn suami pun mesti cerita pasal bdk2 ni akan terkeluar. Tak pernah missed. Buah hati kami la katakan..

Pernah suatu hari aku tanya kat suami dia jeles tak bila aku sayang dan manjakan anak2 lebih2. Then dia jawab kalau bkn ummi dia yg nak manjakan diorang siapa lagi. Ye dak?? Dia pun faham... Lagipun manjakan suami pulak lain caranya.. Hakhakhak:p *gediks*

Sunday 8 September 2013

Tara ku cha...cha...

Assalamualaikum,
Wow!! tak sangka selepas beberapa tahun tak menulis blog. Tetiba terasa ingin berblogging semula. What happen to the previous blog??? taraa...
Gara-gara dah lama tak menulis, lupe terus segala password. Tu la, gatal lagi tukar2 setting bajet nak privacy kononnya. Last2 dh tak dapat buka langsung. Padan muka sendiri!

Tak salah aku last entry aku adalah tentang kelahiran Muhammad Naqib, anak terunaku yang semakin bijak tu. Sekarang naqib pun dah berusia 3 tahun pun...Dah jadi abang pun:D Pantas betul masa berlalu kan.

Sejak Naqib and Safiyyah dah panjang akal ni, macam2 gelagat dan perangai mereka dapat kami lihat. Telatah mereka mewarnai hidupku dan suami. Sejak tu tergerak hati untuk menulis blog semula untuk merakamkan proses pembesaran mereka disamping pelbagai lagi kisah yang aku rasa aku nak tulis.  Kelak, kalau suatu hari nanti ummi tak berpeluang nak bercerita semula kepada anak2 ummi (Naqib, Safiyyah, and adik2...) kalian boleh baca coretan ummi di sini. Dari dulu memang tak pandai nak tulis diari bagai, cukuplah mengarang cerita dunia di dalam blog je..hehehe