Wednesday 11 September 2013

Mmmm..sedapnya!

Nampaknya misi untuk masak dinner time weekdays berjaya. Kalau dulu2, biasanya dinner kat luar je. Kalau sempat atau rajin baru masak,provided barang2 cukup la. Kesedaran ni timbul bila harga minyak start naik 20 sen. Bila minyak naik, harga barang2 mentah akan slowly naik. Lama2 harga makan pun naik. Kalau tak naik pun, mesti makanan yang kita dapat ciput je.

Bukan sebab harga minyak naik je aku tetiba rajin nak masak, tapi disebabkan anak2 dan suami juga. Aku pernah baca salah satu caption IG fynnjamal
"selagi terdaya, aku akan pastikan mereka terbiasa dengan air tangan aku. kalau nanti aku tak ada biar perutnya menjerit rindu".!

hamek ko... Dalam maksudnya tu. Lagi pun kan kalau masak kat rumah, terjamin kebersihan dan kualiti makanan yang masuk kat perut mereka. 

Ok, part ni mmg buat aku bertambah semangat nak masak. Bila saat Naqib cakap dengan muka happy giler " Mmm..seddappp la ummi masak!" *sambil tunjuk 2 thumbs up/ tunjuk sign OK* Tak ke cair hati kau tengok anak kau puji masakan kau yang kau rasa simple je. Kalau makan kat luar, sesedap mana pun makanan tu Naqib tak puji pun. Tu belum tengok suami yang asyik tambah nasi je. En. suami mungkin tak reti sangat nak puji masakan isteri dia ni, tapi kalau tengok dia semangat makan kita pun jadi happy. Mungkin la masakan aku tak sesedap mana pun bagi korang, tapi jadi sedap sebab aku dah jampi2 time masak kot. Hahaha... Jangan fikir bukan2 ye. Mama mentor aku dalam bab masak2 ni! Mama pernah pesan kalau time basuh nasi tu baca2 la selawat, time masak tu banyakkan zikir. Moga lembut dan terang hati orang yang makan. hehehe..

Aku pun kalau balik kampung bukannye nak masak sendiri. Selalu menggedik minta mama masak itu dan ini. Bukannya tak reti masak, tapi rindu nak makan masakan air tangan mama.Aku cuma tolong sediakan barang2 je.  Bukan aku sorang je. Adik beradik lain pun lebih kurang same je peel. Lagi best bila kami sediakan rencah dan bahan masak sambil borak sakan! Jarang jumpa la katakan.  Mama tinggal tumis je! Mama cakap sama je rencah masak semua, campak2 dalam kuali! dah siap.. tapi aku still cakap tak sama. Air tangan mama juga yang terbaik. Perut aku jerit 'rindu'! So, aku nak anak2 aku pun macam tu juga. muahaha!!

Memang aku kira banyak juga la dapat jimat kalau masak kat rumah! Kena korban sikit je masa, tapi kesannya banyak! Jimat satu hal, makanan dijamin selamat, eratkan kasih sayang dan mungkin banyak lagi!

So, mari kita teruskan misi masak2 ni. Safiyyah pun boleh tolong ummi lepas ni ye sayang:D Semoga aku istiqomah:D peaceee


1 comment: