Tuesday 10 September 2013

Nak sihat!?

Nampak tu.. green tea without sugar and psyllium husk
time pregnant dulu klu tetiba teringin sgt nk mkn maggi,akan ku cr juga sampai dpt. lepas makan meggi aku akn mkn kurma kononnya nk neutralkn balik makanan jahat yg dh masuk kt dlm perut. hehehe... bg aku klu mknn tu ada byk MSG, lemak semua tu kira mknn jahat. aku x tau betul ke tak konsep neutralkn blk mknn jahat ni.mcm dh buat salah, lepas tu betulkan balik la kiranya. lately aku rasa aku kuat sgt mkn plus mkn mknn yg berkolesterol tinggi. nampak je kurus kan?? tp bila scan badan rupa2nya byk kolesterol.tu yang kesedaran nk jaga kesihatan timbul tu..gambar kt atas tu adalah mknn baik yg aku ambil pg td. meh aku share sikit info pasal green tea dan psyllium husk ni.

Psyllium husk- merupakan sejenis fibre yang dapat menyingkirkan toksin & lemak yg boleh mengakibatkan berbagai penyakit yg berpunca dari usus yg kotor. Actually baru je tahu kelebihan psyllium husk ni. Yang aku tahu kalau ada yang mengalami masalah penghadaman, sembelit, buasir ke..boleh la try ambil benda ni. Biasanya officemate bancuh oat, skim milk, nestum dengan PH ni. Tapi aku biasa je, PH campur air kosong je:p Malas la katakan... tak rasa apa pun. Macam minum jelly je. For nursing mom out there, it is safe to take PH as long as you drink plenty of fluids. So, tak yah risau la kalau minum ni production susu merudum ke apa. Setakat ni ok je lagi..hehehe

Ni antara khasiat PH yang sempat aku tanya encik gugel:
"Psyllium husk benefits digestion by keeping the colon contents moist, malleable, and in this way reduces cramps, pain, and bowel irregularity in irritable bowel syndrome.  It is also helpful in managing chronic constipation, hemorrhoids and anal fissures by leading to soft but formed stool that is easily passed and reduces the need to strain.  In cases of watery diarrhea the psyllium husk benefits by absorbing water and giving more texture to the stool which makes control of the bowels easier"

Green tea - Dari apa yang aku pernah baca, khasiat green tea antaranya kuatkan sistem imun, lawan sel kanser, kurangkan tekanan darah tinggi, kurangkan aras gula dalam darah, kurangkan aras kolesterol, galakkan pembakaran lemak (khususnya lemak di vescera iaitu lemak yang terkumpul di tisu yang menyelaputi kaviti obdomen dan usus (Viscera) dan organ dalaman.

Muahaha..banyakkan.. Tinggal rajin tak rajin ambil je. Kalau yang simple ni pun susah nak konsisten, jangan cerita produk2 kesihatan yang lain. Nanti beli je mahal2, tapi guna separuh jalan. Contohnya aku le tu... Sebab tu aku tak berani nak try macam2 produk kesihatan yang mahal2 sebab masalah inconsistency ni la. Huhuhu.. Kalau yang mudah ni insyaAllah aku rajin sikit:D



No comments:

Post a Comment