Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday 9 September 2013

Gitewww

Birthday boy pose ala2 artis giteww:p (23 Julai 2013)
Haa... budak yang ada parut kat dahi ni adalah hero tunggal ummi setakat ni. Semua la dia nak jadi..baik ultraman, spiderman, batman, power rangers dan mcm2 lagi la. ummi and abi macam biasala..berlakon jadi 'monster'. Ingat senang ke nak jadi monster?? Monster tak boleh menang, nanti superhero mengaruk. Boleh pulak gitu kan:p hehehe.

Birthday girl yang happy bila bangun dari tidur (16 Ogos 2013)
Susah ok nak snap gambar anak dara ni tgh senyum. mahal betul lesung pipit dia. Budak yang manja sangat sampai tak nak kat orang lain selain abi, ummi and bibik kat nursery. Nak berkepit je. nampak je mcm innocent tapi boleh tahan juga kalau gaduh dgn abg dia. Suka menyakat abg dia, tapi bila  kena cepuk dgn abg Naqib nangis pulak. Pastu sakat lagi..haha. Tak serik. Asyik nak usik abang je.

Ni baru intro je. Byk lg gelagat bdk2 ni yg aku belum cerita lagi. Kalau keluar dating berdua dgn suami pun mesti cerita pasal bdk2 ni akan terkeluar. Tak pernah missed. Buah hati kami la katakan..

Pernah suatu hari aku tanya kat suami dia jeles tak bila aku sayang dan manjakan anak2 lebih2. Then dia jawab kalau bkn ummi dia yg nak manjakan diorang siapa lagi. Ye dak?? Dia pun faham... Lagipun manjakan suami pulak lain caranya.. Hakhakhak:p *gediks*

Sunday 8 September 2013

Tara ku cha...cha...

Assalamualaikum,
Wow!! tak sangka selepas beberapa tahun tak menulis blog. Tetiba terasa ingin berblogging semula. What happen to the previous blog??? taraa...
Gara-gara dah lama tak menulis, lupe terus segala password. Tu la, gatal lagi tukar2 setting bajet nak privacy kononnya. Last2 dh tak dapat buka langsung. Padan muka sendiri!

Tak salah aku last entry aku adalah tentang kelahiran Muhammad Naqib, anak terunaku yang semakin bijak tu. Sekarang naqib pun dah berusia 3 tahun pun...Dah jadi abang pun:D Pantas betul masa berlalu kan.

Sejak Naqib and Safiyyah dah panjang akal ni, macam2 gelagat dan perangai mereka dapat kami lihat. Telatah mereka mewarnai hidupku dan suami. Sejak tu tergerak hati untuk menulis blog semula untuk merakamkan proses pembesaran mereka disamping pelbagai lagi kisah yang aku rasa aku nak tulis.  Kelak, kalau suatu hari nanti ummi tak berpeluang nak bercerita semula kepada anak2 ummi (Naqib, Safiyyah, and adik2...) kalian boleh baca coretan ummi di sini. Dari dulu memang tak pandai nak tulis diari bagai, cukuplah mengarang cerita dunia di dalam blog je..hehehe