Wednesday 16 October 2013

Sakit itu kafarah dosa

Just recover from dengue fever. Whoaa... lamanye tak update blog baru ni. Bulan september dan october tahun ni aku cipta rekod baru.. rekod bulan paling byk ambil mc. Pertengahan bulan september aku start batuk2, selsema dan demam. I thought it would last for a few days. Unfortunately, bila dh baik je.. batuk dan demam datang balik. Boleh dikatakan setiap hari khamis dan jumaat aku dapat mc la. Mana taknya setiap kali jumpa doktor, aku mmg batuk bagai mak nenek. Tu yang dapat mc lama tu.Tu pun kadang2 aku dtg ofis juga even dapat mc sebab byk kerja pending. Lepas tu berjangkit pulak demam aku ni kat suami dan anak2. Sebenarnya aku lagi sedih bila tengok anak2 yang sakit....huhuhu..Kalau boleh biarlah aku yang tanggung sakit tu semua. Aku anggap sakit yang Allah beri ni sebagai kafarah dosa2 aku. Mungkin ni ujian Allah untuk aku muhasabah diri.

Ok..nak pendekkan cerita satu hari tu aku suami isteri demam panas. Bergilir2 guna thermometer check temperature badan. Memang masing2 melepek tak larat nak bangun. Kesian Naqib and Safiyyah mcm anak tak terbela. Aku gagahkan juga masuk dapur rebus telur untuk breakfast sambil whatsapp adik ipar aku minta dia datang rumah jemput Naqib pergi rumah kat Keramat. Kesian aku tengok Naqib nak main dengan abi and ummi dia tapi kami tak larat nak layan. So, if ada Mama Farah dia ok la sikit boleh jadi geng main2. Safiyyah pula memang tak nak kat orang, sebab tu tak hantar Safiyyah ke rumah Keramat.

Tengah hari tu MIL datang nak jemput Naqib and hantar kami suami isteri ke klinik. Ambil darah and doctor suspek demam denggi. Erkk..terkejut aku dengar. Then doc pesan esok datang lagi ambil darah sebab bacaan platlet darah 150(at border line). So, balik la rumah semula. Naqib pulak tak nak ikut nanny dia balik Keramat bila kitorang tak ikut sekali. Ok, takpela… Jom la kita ramai2 melepak kat rumah ye. 
Alhamdulillah, petang tu demam en.suami dah kebah dan boleh la tolong tengok kan anak2. Tapi budak2 ni macam faham je abi dan ummi tak sihat, pandai pulak behave dan main sendiri.

Rai sms aku cakap sup ketam boleh bantu tingkatkan platlet darah. Ok, petang tu juga kau cari ketam kat Giant. Ni la first time aku beli ketam after kahwin..hehehe:p tak pandai pilih, pakai ambil je. Bila sampai rumah nak masak aku rasa bau ketam ni macam semacam je after dah tanggalkan kulit cengkerang. “ishk..memang macam ni ke bau ketam bila nak masak?? Ye kot” aku pun bersungguh la masak sup ketam dlm demam. Its dinner time. Cik suami masih takde selera nak makan lps baik demam. So, aku and anak2 je la yang mkn sup ketam tu. Rasa macam pelik je, tapi aku makan juga la sebab nak baik punya pasal. Naqib pulak aku tengok berselera betul makan isi ketam yang aku suap. Siap minta lagi tu… tapi sebab ummi dia dah tak tahan dengan bau ketam yang semacam, so ummi pun nak stop makan. Sian anak ummi..suka ketam ye sayang.. Nanti ummi cari yang fresh ye. Aku rasa mmg ketam tu dh tak elok dari time aku beli kat Giant. Akhirnya ketam tu aku buang je. Takut pulak nak makan lagi bila hati dh yakin ketam tu dh tak elok.

Keesokannya amik darah lagi. Kali ni bacaan platlet makin turun ke 80. Memang bila kena denggi bacaan platlet darah akan jatuh. Darah ni fungsinya membawa oksigen ke seluruh badan. Kalau platlet berkurangan oksigen tak dapat dibawa keseluruh organ badan dan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi. 
Doktor dah buat reference letter ke hospital.  Dalam kepala cuma terfikir macam mana dengan Safiyyah nanti. Dia tak pernah berpisah tidur malam dengan ummi dia. So kami decide amik single room untuk anak2 berkampung kat hospital.

Cerita di hospital kita sambung kat next entry okey.. panjang sangat dah ni..



1 comment: